Tender

TENDER/QUOTATION NOTICE

KENYATAAN SEBUT HARGA

  1. Tawaran adalah dipelawa daripada Pembekal / Kontraktor yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kategori dan Jenis Pendaftaran yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran yang sah untuk membuat tawaran buat masa ini bagi bekalan / perkhidmatan untuk tahun 2020 seperti berikut:-

 

NO. RUJUKAN BIDANG BEKALAN / PERKHIDMATAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK / UPKJ (KELAS, KEPALA & SUB-KEPALA)
STB/CSD/QUOT/2/2020

MEMBEKAL INK/TONER CARTRIGE PENCETAK & FAX

 

KELAS C, KEPALA IV, SUB-KEPALA 8

 

  1. Syarikat-syarikat yang layak hendaklah mengemukakan SURAT PERWAKILAN KUASA (penama bagi pihak syarikat) beserta SALINAN (fotostat) sebelum dokumen sebut harga dijual kepada Pembekal / Kontraktor yang layak.
  2. Dokumen Meja Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi mulai 11 Mac 2020 hingga 19 Mac 2020 di c/o SARAWAK TOURISM BOARD, TINGKAT 4, PLAZA AURORA, JALAN MCDOUGALL, 93000 KUCHING, SARAWAK dengan harga RM50.00 senaskah bagi setiap bidang secara tunai sahaja. Kaunter beroperasi pada waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang. 
  1. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga dengan menulis nombor rujukan dan tajuk Sebut Harga di sebelah kiri atas di sampul tawaran berkenaan.
  2. Tawaran Sebut Harga hendaklah diserahkan selewat-lewatnya jam 1200 tengahari pada 19 Mac 2020 (Khamis) di alamat seperti di bawah:-

           PENGERUSI

           JAWATANKUASA SEBUT HARGA

           c/o SARAWAK TOURISM BOARD

           TINGKAT 4, PLAZA AURORA,

          JALAN MCDOUGALL, 93000 KUCHING, SARAWAK. 

  1. Dokumen Sebut Harga yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
  2. SARAWAK TOURISM BOARD tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tersebut.
Share